Rumah Tamu Jerteh Besut

Rumah Tamu Jerteh Besut

Friday 6 November 2015

Nikmati Pengalaman Beristirehat di Homestay Jerteh Besut UmarKashah


Kami di Homestay Jerteh Besut UmarKashah dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan puan untuk menginap di homestay kami yang di siapkan khas demi keselesaan dan kepuasan tuan puan.










Resipi Daging Masak Kicap Hitam Ohsom Homestay Jerteh UmarKashah


Resipi Daging Masak Kicap Hitam Ohsom Homestay Jerteh UmarKashah

Assalamualaikum.

Kali ni Homestay Jerteh UmarKashah akan berkongsi resipi nk masak daging.. tak kira la daging lembu ke, kambing ke, rusa ke, kijang ke.. pasti sedap.. :)

Sebelum ni  masa dapat daging kijang liar, rasa tak tergamak pulak nak masak kicap.. maklumlah barang rare... nanti tak dapat rasa kemanisan dan keenakan daging kijang tu.. so masa tu..goreng biasa je lah... hasilnya.. hurmmm..ohsommm!!!

Ok.. so kita cuba try masak daging kicap cara Homestay UmarKashah hokey!

Nama menu: Daging Masak Kicap Hitam Ohsom Homestay Jerteh UmarKashah.

Bahan-bahan:
500gm daging
Lada kering, bawang merah, bawang putih ditumbuk atau di blend
2 inci halia
1 labu bawang besar
Sedikit jintan manis, bunga lawang, bunga cengkih dan ketumbar
Lada Bengala
Kicap manis
Kicap


#untuk hiasan
Daun saderi
daun bawang
Lada besar - merah

Cara memasak:
Tumiskan blended Lada kering, bawang merah, bawang putih tadi dengan api sederhana dan kacau sokmo.. hehehe takut hangit..
Sampai pecah minyak

**Dalam masa yg sama, kalau rasa daging tu keras atau lambat empuk, boleh rebus dulu ikut kesesuaian..

Bila tumisan dah pecah minyak.. masukkan Sedikit jintan manis, bunga lawang, bunga cengkih dan ketumbar

Then masukkan daging tadi...

Then masukkan kicap dan kicap manis... tengok kesesuaian..nak pekat masuk kicap banyak sikit.. nak cairmasukkan air sikit..

Then biarkan daging empuk.. baru masukkan bawang besar dan lada benggala..

Lepas tu boleh la angkat dan hidangkan.. Letak hiasan daun dan lada merah tadi..

Kalau makan dengan nasi panas, beras siam plak tu.. perghhhh!!

Itu sahaja perkongsian kali ini.. semoga bermanfaat.. hhehehe.. wasalam..

ps: guest yang nak mintak tolong beli beras siam tu, bleh info awal-awal..harga berpatutan dan tgk stok.. macam-macam brand seperti cap Arnab, Pisang, Mr. OK, Serindit dan macam-macam lagilah... Homestay Jerteh UmarKashah boleh tolong belikan..




Saturday 3 October 2015

Homestay Jerteh Besut Terengganu @ Rumah Tamu Jerteh UmarKashah Guest House (formely known as Amina Homestay) 013-2747957

Homestay Jerteh Besut Terengganu @ Rumah Tamu Jerteh UmarKashah Guest House
(formely known as Amina Homestay)

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat Ilahi, kerja-kerja renovasi dan susunatur di Homestay Jerteh Besut Terengganu telah selesai dan sedia untuk menerima kembali kunjungan tetamu ke Homestay Jerteh Besut Terengganu @ Rumah Tamu UmarKashah Guest House yang sebelum ini menggunakan nama Amina Homestay.

Penjenamaan semula homestay di Jerteh Besut Terengganu ini adalah demi menyediakan khidmat sewaan penginapan yang selesa, berpatutan dan damai berlatarkan sawah padi yang menghijau.

Homestay Jerteh Besut Terengganu terletak diantara Bandar Jerteh Terengganu dan Pekan Kuala Besut Terengganu yang mana jeti ke Pulau Perhentian yang sibuk terletak di muara sungai Pekan Kuala Besut.

Semoga dengan perubahan baru ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Wassalam.



Homestay Jerteh Besut Terengganu @ Rumah Tamu Jerteh UmarKashah Guest House
013-2747957


Tuesday 21 April 2015

Amina Homestay Jerteh Besut / Kuala Besut Rm 130/mlm @ Terengganu


Amina Homestay Jerteh Besut / Kuala Besut Rm 130/mlm @  Terengganu

Assalamualaikum..  menyediakan homestay rumah teres untuk disewa, dekat dengan bandar Jerteh dan Kuala besut.
Lokasi tumpuan Homestay Jerteh Besut Terengganu * Pemandangan Sawah Padi * Seberang Jerteh * Kota Putera * Kg. Raja * Bukit Kluang * No 11 Skn TUDM Gong Kedak * Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak * Padang Luas * Masjid Kayu Jerteh * Masjid Hadhari Jerteh * Pulau Perhentian * Kuala Besut * Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) * 0132747957
Sesuai untuk 2 keluarga atau untuk 10 orang. Mempunyai 3 bilik tidur bersaiz queen dan berkipas, 2 bilik air, porch dan pemandangan sawah padi yang mengasyikkan.
Pebagai kelengkapan disediakan seperti perabut, tv, astro , peti ais, mesin basuh, seterika,  dan kelengkapan untuk memasak.


1 Ruang tamu
3 Bilik tidur
1 Ruang Makan
1 Ruang Dapur
2 Bilik air
   Tandas
   Porch kereta.


Ruang Tamu dilengkapi
1. Sofa
2. Kipas
3. TV
4. Astro*
5. Karpet

Bilik dilengkapi
1. Katil dan Tilam ( 2 saiz Queen & 1 saiz Single)
2. Kipas Siling
3. Almari pakaian
4. Cermin Muka
5. Meja solek*
6. Penyidai kain/Sejadah
7. Toto*


Kemudahan dan Peralatan yang disediakan.
Dapur (boleh memasak - Lengkap dengan dapur gas dan pingan mangkuk, jag air dan gelas, sudu garpu, periuk kuali serta peralatan memasak berkaitan)
Meja Makan
Periuk Nasi
Pemanas Air (Water Heater)
Peti Sejuk
Mesin Basuh
Seterika
Dapur gas
Pinggan Mangkuk
Gelas dan Cawan
Sejadah
Penyidai kain